Sayyid Hasan Nashrullah berkata, "Penghinaan tersebut sudah dirancang jauh hari dan sudah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk membela kesucian dan kemuliaan nama Nabi Muhammad Saw".
"Hal tersebut dianggap pelecehan dan syubhat yang sengaja dihembuskan dalam proses untuk menciderai kperibadian suci Rasulullah Saw." ujar beliau.
Sayyid Hasan Nasrullah turut memberi peringatan terhadap adanya fitnah dalam negara Lebanon. Beliau berkata, "Hendaklah kita waspada, sebagian rezim-rezim Arab yang anti Iran, secara langsung menyebutnya sebagai perselisihan Sunni dan Syiah, sementara itu perpecahan Sunni dan Syiah dipicu oleh faktor perang Iran-Irak, seterusnya menjadi peperangan yang paling bahaya di kawasan tersebut."
Sekjen Hizbullah tersebut menambahkan bahwa peperangan antara Bani Umayah dan Bani Abbasiyah dalam sejarah bukanlah terlahir dari fanatisme kaum. Kebanyakan peperangan dan perpecahan bersumber dari perselisihan politik, tidak ada kaitannya dengan agama dan kabilah.
"Munculnya perselisihan dan krisis adalah suatu perkara yang biasa, namun bahaya yang timbul adalah jika kita tidak tahu bagaimana hendak menghadapi krisis tersebut," ujar beliau.
Beliau turut menyatakan bahawa Lebanon juga termasuk negara-negara Arab yang menerima efek dari revolusi Arab dan ketegangan di kawasan.
Sambil menolak adanya perselisihan dalam negara, beliau menegaskan, "Sember perpecahan dikekinian bukan mengenai masalah sectarian. Peningkatan ketegangan dan perselisihan telah bertukar menjadi problem besar dalam dunia Arab."
sumber ;http://abna.ir/data.asp?lang=12&Id=385173
Tidak ada komentar:
Posting Komentar